PhotobucketPhotobucket

Tuesday, June 10, 2014

Masa Lapang: Buatlah Art Journal

Assalamualaikum..

korang pernah tak rasa bosan dalam kelas lepas tu tiba2 mula buat doodle ataupun conteng2 buku korang.. atau duduk kat rumah / dalam bilik dah penat main internet je tapi tak tau nak buat ape selain tu?

ha...      " BUATLAH ART JOURNAL"


Art Journal ni merupakan sebuah buku khas yang korang boleh pilih untuk conteng/tulis apa sahaja. Lukisan, lirik lagu, keratan surat khabar/majalah, quotes, luahan perasaan atau apa sahaja benda lain yang korang nak tulis.
Boleh diibaratkan sebagai diari tapi bukan diari ! khas untuk kegunaan korang sahaja, orang lain tak boleh tengok.

art journal = combination of arts and words to express yourself

Bahan-bahan (wahh macam nak bagi resipi masakan) :

  • buku tulis kosong / buku nota / sketchbook ( ikut cita rasa & pilih saiz yang korang suka)
  • alatan menulis / melukis

Korang tulis lah apa sahaja dalam buku tu , jangan malu2 , jangan takut ayat nampak cheesy ke.. takut lukisan tak cantik ke.. buang semua fikiran tu jauh2.

Contoh-contoh Art Journal :
..✿ beautiful thingsS ✿.. / Colorful Brain
NYC, Babe.
TumblrH O P E.

Idea untuk memulakan art journal ( prompts ) :
  • isikan mukasurat yang kosong dengan bentuk segitiga/segiempat/bulatan sampai penuh dan warnakan
  • tuliskan kata2 hikmah yang korang percaya/pegang dan hiaskan dengan bentuk2 yang korang suka
  • catat 10 perkara yang korang harap korang dapat sebelum mati dan lukiskan
  • MY FAV = pilih satu perkataan dan tulis berulang-ulang kali sampai penuh satu mukasurat mengikut kreativiti (macam dalam gambar last : "hope" kat atas tu)

okay tu je ! kalau korang dah pandai buat cantik2 tak malu nak tunjuk kat orang lain boleh ambik gambar journal korang lepastu post kat internet. Selamat mencuba ! :)

thanks for reading

Friday, May 23, 2014

Hilang motivasi dan malas

Assalamualaikum..

Tidur, makan, tidur, makan
sambung pulak dengan online, tengok tv, online, tengok tv...
18 GIFs That Are Lazier Than You

Tu je la kerja. Takde nya nak buat benda lain.
haha... pernah macam ni?
ada kerja tapi tak nak buat?
kena study tapi takda motivasi?
nak badan sihat tapi taknak bersenam? teruk kan...

semuanya datang daripada mindset kita , badan and semangat
kita yang kawal..bukan orang lain

so untuk rujukan maisara sendiri, maisara dah senaraikan benda2 yang perlu dibuat untuk buang rasa "tak semangat" tu

  1. Dapatkan tidur yang cukup
  2. Segarkan badan setiap kali letih, mengantuk ( basuh muka/mandi )
  3. Makan makanan yang sihat
  4. Fikir positif
  5. Setkan gol apa yang kita nak capai
  6. JANGAN TANGGUHKAN KERJA ( teruk kalau terbiasa )
  7. Jadikan semua di atas sebagai rutin harian (ulang ulang ulang)

Okay tu je. Ada yang nak tambah?
hee Bye :) :)

thanks for reading

 
hak milik maisaramajid | blogspot