Thursday, April 24, 2014

Taylor Swift: RED TOUR Live in Malaysia 2014

yes!! you read it guys.. taylor swift is coming here for the first time ever. dulu dia datang asia tak singgah malaysia pon hahaha and now malaysians boleh tengok sendiri taylor perform depan mata... awesome!!!!

oh untuk korang yang tak tau, tiket untuk concert taylor swift kat malaysia tu dah habis sejak hari pertama lagi.. tapi tapi tapi, korang boleh dapat tiket free dengan join giveaway ni. senang je kan.. tapi kalau boleh yang join biarlaah dengan niat nak tengok taylor perform bukan sebab nak jual balik tiket tu dengan harga lebih mahal. tak baik tau..

untung sangat kalau dapat tengok konsert nie, maisara rasa taylor swift ni seorang performer muda yang buat show paling best setakat nie. kalau korang nak tau, daripada awal konsert dia sampai laa lagu last persembahan dia, ada jalan cerita dan buat kita tertarik nak tengok daripada awal sampai akhir.. tak percaya boleh google review red tour taylor swift...kebanyakannya positive! ataupun try tengok fan videos kat youtube.


taylor swift juga merupakan seseorang yang sangat berbakat dalam penulisan lagu.. bukan selalu ada artis barat yang tak menyanyi pasal dadah, seks , party and etc.. taylor buktikan yang dia boleh jadi relevan hanya dengan luahan perasaan dia dalam penulisan..

Cara nak menang senang aje, klik link ni (x) , baca arahan dia dan ikut. senang je kan. kalau ada rezeki dapatlah satu tiket bahagian RED zone. how cool!!

tarikh tutup: 11:59pm , 7th May 2014

concert details: Stadium Putra , Bukit Jalil , 11th June 2014

pemenang akan diumumkan pada 12th May 2014 pukul 5 petang.. good luck!!!



p/s: maisara selitkan beberapa gambar daripada RED tour, bagi feel sikit.
p/s/s: maisara suka warna merah ..hee
p/s/s/s: maisara nak pergi :( :( :(
p/s/s/s/s: siapa nak bagi maisara tiket tu??? heeee

hashtag : how to win taylor swift live in malaysia tickets contest giveaway price asia tour 8share malaysia

thanks for reading

Thursday, April 10, 2014

baru dan lama

Assalamualaikum.

Maisara dah lama tak update blog betul-betul. Beberapa entry yang lepas maisara main taip je, asalkan ada post something jadilah. Maisara dah guna blog nie daripada 2010 lagi. Maknanya sejak umur maisara 14. Bila tengok balik entry2 yang lepas, haha rasa macam nak gali lubang lepastu tanam diri sendiri sebab malu.

Bila fikir balik, sebenarnya kita tak perlu rasa malu dengan diri kita sendiri. Betul tak? Apa yang kita buat dan lalui dulu dah jadi sebahagian daripada pengalaman hidup. Nak tak nak kena laa bawak sekali peristiwa yang dah lepas dalam hidup kita. Dah jadi macam bayang2 sampai laa sekarang.


This is truth


Maisara asyik merepek tulis entry panjang2 nie haha akan datang bila maisara tengok balik mungkin maisara akan kerut2 dahi and gelakkan diri sendiri pulak. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh flashback and tengok balik apa yang kita tengah pikir waktu tu dulu. Mungkin akan datang maisara dapat tulis sesuatu yang lebih matang berbanding entry2 sekarang yang agak............................. haha (sila isi tempat kosong).

Tahun nie 2014. Maisara takdelaa percaya "nombor-nombor" nie tapi sejujurnya maisara suka sangat nombor 14. Hee.. InsyaaAllah tahun nie akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum2nya.. Doakan saya.

Bye.

thanks for reading

 
hak milik maisaramajid | blogspot