PhotobucketPhotobucket

Tuesday, June 10, 2014

Masa Lapang: Buatlah Art Journal

Assalamualaikum..

korang pernah tak rasa bosan dalam kelas lepas tu tiba2 mula buat doodle ataupun conteng2 buku korang.. atau duduk kat rumah / dalam bilik dah penat main internet je tapi tak tau nak buat ape selain tu?

ha...      " BUATLAH ART JOURNAL"


Art Journal ni merupakan sebuah buku khas yang korang boleh pilih untuk conteng/tulis apa sahaja. Lukisan, lirik lagu, keratan surat khabar/majalah, quotes, luahan perasaan atau apa sahaja benda lain yang korang nak tulis.
Boleh diibaratkan sebagai diari tapi bukan diari ! khas untuk kegunaan korang sahaja, orang lain tak boleh tengok.

art journal = combination of arts and words to express yourself

Bahan-bahan (wahh macam nak bagi resipi masakan) :

  • buku tulis kosong / buku nota / sketchbook ( ikut cita rasa & pilih saiz yang korang suka)
  • alatan menulis / melukis

Korang tulis lah apa sahaja dalam buku tu , jangan malu2 , jangan takut ayat nampak cheesy ke.. takut lukisan tak cantik ke.. buang semua fikiran tu jauh2.

Contoh-contoh Art Journal :
..✿ beautiful thingsS ✿.. / Colorful Brain
NYC, Babe.
TumblrH O P E.

Idea untuk memulakan art journal ( prompts ) :
  • isikan mukasurat yang kosong dengan bentuk segitiga/segiempat/bulatan sampai penuh dan warnakan
  • tuliskan kata2 hikmah yang korang percaya/pegang dan hiaskan dengan bentuk2 yang korang suka
  • catat 10 perkara yang korang harap korang dapat sebelum mati dan lukiskan
  • MY FAV = pilih satu perkataan dan tulis berulang-ulang kali sampai penuh satu mukasurat mengikut kreativiti (macam dalam gambar last : "hope" kat atas tu)

okay tu je ! kalau korang dah pandai buat cantik2 tak malu nak tunjuk kat orang lain boleh ambik gambar journal korang lepastu post kat internet. Selamat mencuba ! :)

thanks for reading

 
hak milik maisaramajid | blogspot