Assalamualaikum dan hai!
Dulu pernah tulis pasal Art Journal , kalau ada baca terima kasih. Kalau belum tapi nak baca klik je link tu.
Maisara ada obsesi yang baru. Yep. Buku nota. Pantang kalau pergi mana-mana, kalau nampak buku tulis/buku nota/buku pendek/buku panjang and bla bla asalkan dalam dia memang ruang untuk menulis/menconteng/melukis memang nafsu tu tak dapat nak dikawal.
Tapi nasib baik laa tuan badan yang meroyan ni takde duit sendiri haha. Tak jadi laa nak beli kalau reaksi daripada ayah "Kan dah banyak?" atau "Hari tu kan baru beli dua?".
OH NO. (sila baca 'oh no' tu dalam nada blank space)
Beli tu satu hal, lepas dah dapat dah beli , lepas tersengih-sengih dekat akak kaunter sambil dia tengah scan buku yang nak dibeli tu, (ahhaaa). rasa sayang pulak nak conteng-conteng buku tu.
Corak dia lawa. Warna dia lawa. GUA TAK NAK MENODAI KESUCIAN DIA PAHAM TAK.
dah tulis dengan pen , tak leh padam.
dah guna liquid paper, jadi tak lawa.
guna pensil, tak pekat! hashtag the struggles yang dibuat-buat.
Lastly, buku tu simpan buat koleksi sambil kumpul habuk.. then, ambil kertas A4 biasa, lipat dua.. baru laa conteng. tak berbaloi. repeat retweet reblog. TAK BERBALOI.